Menjelang 2024, Pelbagai Kerajaan Akan Menggabungkan Perkongsian Data Yang Dipercayai Dan Automasi Proses Pintar Dalam 25% Daripada Perkhidmatan Kerajaan Secara Proaktif, Menjadikan Birokrasi Tidak Terlihat Oleh Rakyat.
TM One mengkagumi kerajaan yang berusaha untuk berkongsi data, mengautomasikan proses, dan mencipta identiti digital berpusat demi meningkatkan mutu perkhidmatan awam. TM One boleh membantu kerajaan mewujudkan pusat pertukaran data yang selamat dan ditadbir dengan baik; dan merekayasa semula proses-proses daripada bahagian hadapan sehingga bahagian belakang.
Menjelang 2025, 45% Agensi Kerajaan Akan Memerlukan Perkhidmatan Keselamatan Terurus untuk melindungi daripada Ancaman Keselamatan Siber.
Dalam pada kerajaan terus melakukan transformasi digital, peluang serangan turut berkembang dengan pesat, dan ini mengancam kejayaan inisiatif digital. Perkhidmatan keselamatan terurus penuh TM One CYDEC yang dikuasakan oleh Pusat Operasi Keselamatan bertaraf dunia boleh membantu mewujudkan kepercayaan digital yang diperlukan oleh kerajaan digital.
Menjelang 2024, 30% Kerajaan di Peringkat Global akan Menggandakan Pelaburan dalam Perlindungan Data, Tadbir Urus Data dan Keupayaan Perkongsian Data untuk Mengatur Sebuah Ekosistem Digital dan Mempercepat Pelancaran Perkhidmatan-Perkhidmatan Baru.
Pelbagai Kerajaan mengetahui bahawa ekosistem-ekosistem terbuka akan merintis penciptaan pelbagai perkhidmatan baharu. TM One memiliki keupayaan teknologi dan perkhidmatan merentas pengurusan data dan API, pembangunan aplikasi, sains data, dan tadbir urus serta keselamatan data untuk mengupayakan platform-platform tersebut.
Help us know you better.
One more quick question.
Don't worry, we hate spam too.
If you agree to continue browsing, you accept the use of cookies on this site and have the option to disable them if you wish.
Accept & Continue